Pelbagai Tugasan Yang Perlu Dilaksanakan Oleh Para Guru Di Sekolah

YB Menteri Kanan Pendidikan telah membuat pengumuman bahawa sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020. Tempoh masa sehingga tarikh tersebut merupakan jangka masa kritikal untuk pihak sekolah membuat persediaan rapi dengan sewajarnya. KPM telah mengeluarkan Surat Siaran KPM Bilangan 5 Tahun 2020: Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah KPM bertarikh 4 Jun 2020 sebagai rujukan kepada semua institusi pendidikan termasuk Kolej Vokasional dan Kolej TIngkatan Enam di bawah KPM dan Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM.

Kehadiran semua guru ke sekolah mulai 7 Jun 2020 (Sekolah Kumpulan A) dan 8 Jun 2020 (Sekolah Kumpulan B) adalah atas arahan PGB untuk melaksanakan pelbagai tugasan. Antaranya ialah:

a. Membuat persiapan agar sekolah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran semua murid secara berperingkat. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) khususnya berkaitan amalan penjarakan sosial, penjagaan kebersihan dan mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 mesti diberi keutamaan.

b. Menyediakan bilik PdP, makmal, bilik guru, kantin, asrama dan semua keperluan murid di sekolah yang mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah.

c. Merancang PdP melalui pendekatan yang bersesuaian berdasarkan model sesi persekolahan yang sesuai bagi sekolah berkenaan.

d. Menyediakan bahan PdP yang lebih efektif untuk semua murid sama ada yang hadir ke sekolah mulai 24 Jun 2020 (murid kelas peperiksaan) atau murid lain yang meneruskan sesi pembelajaran di rumah.

e. Merancang strategi PdP pada peringkat panitia untuk murid yang belajar di rumah.

f. Melaksanakan PdP dengan memaksimumkan semua kemudahan yang terdapat di sekolah.

g. Mengadakan perbincangan dan perkongsian antara guru di sekolah berkaitan PdP yang berkesan.

h. Melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh PGB.

Bagi guru dari Semenanjung yang bertugas di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya yang menghadapi masalah pengangkutan atau kesihatan untuk pulang ke tempat bertugas mesti menghubungi PGB. PGB juga boleh memberikan pertimbangan untuk guru bekerja dari rumah ataupun secara penggiliran jika guru berkenaan dalam kategori pasangan suami isteri yang bekerja, mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah atau anak berstatus Orang Kurang Upaya dan memerlukan penjagaan berterusan. Walau bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri yang merupakan penjawat awam, hanya seorang sahaja yang boleh menggunakan kemudahan ini pada satu-satu masa sehingga sekolah atau pusat penjagaan kanak-kanak dibuka semula.

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Pergerakan Guru Kembali Ke Sekolah

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!