Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk Sekolah Rendah Tahap 1 (Tahun 1, 2, 3)

Apakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? 

Close

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?

Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM. Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

Mengapa PBD penting?

PBD dapat membantu guru dalam:

– Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

– Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran

– Mengetahui keberkesanan pengajaran

– Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran

– Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Bagaimana PBD dilaksanakan?

PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

– Pemerhatian

– Penulisan

– Lisan

Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

Bagaimana PBD dilaporkan?

Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?

Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?

Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.

Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022. Semua templat pelaporan yang baharu akan dimuat naik di laman web BPK lebih kurang enam bulan sebelum tahun pelaksanaannya.

Untuk memuat turun Templat Pelaporan PBD untuk Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3), sila klik pautan di bawah:

Templat Pelaporan PBD Tahun 1

Templat Pelaporan PBD Tahun 2

Templat Pelaporan PBD Tahun 3

Templat Pelaporan PBD Tahun 4 (2020)

✅ Lazada Ramadhan Sale!Beli Baju Raya!: Klik Sini ✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!