[DOWNLOAD] Templat Pelaporan PBD Tahun 4 (2020)

Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk Tahun 4 (2020)

Close

Templat pelaporan PBD yang baharu untuk sekolah rendah Tahun 4 (2020) telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

Templat ini digunakan untuk menggantikan penggunaan templat pelaporan DSKP yang telah digunakan sebelum ini.

Panduan Penggunaan Templat PBD Tahun 4 (2020)

Templat ini mengandungi beberapa halaman (sheet), iaitu:

1. Panduan

2. Rekod Prestasi Murid

3. Laporan Murid

4. Laporan Mata Pelajaran

5. Templat Perekodan semua mata pelajaran untuk Tahun 4

6. Tafsiran TP Ibubapa

7. Graf Pelaporan

Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman Rekod Prestasi Murid. Antara maklumat yang perlu dilengkapkan termasuklah:

1. Nama dan Alamat Sekolah

2. Nama Guru dan Nama Kelas

3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina

4. Nama Pentadbir

5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar / Pengetua)

Apakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

[DOWNLOAD]

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun Templat Pelaporan PBD Tahun 4 (2020):

Templat Pelaporan PBD Tahun 4 untuk Sekolah Kebangsaan (SK)

Templat Pelaporan PBD Tahun 4 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)

 

Untuk memuat turun Templat Pelaporan PBD untuk Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3), sila klik pautan di bawah:

Templat Pelaporan untuk Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)

✅ Lazada Ramadhan Sale!Beli Baju Raya!: Klik Sini ✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!