Cadangan Susun Atur Bilik Darjah dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21)

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21)

Close

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan pendidikan yang menitikberatkan murid aktif dalam pembelajaran. Dalam PAK-21, guru bertindak sebagai fasilitator dan pengurus bilik darjah supaya sesuai dengan persekitaran seperti di alam pekerjaan. PAK-21 lebih berpusatkan pelajar dalam setiap sesi PdPc.

Guru-guru disarankan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mempraktikkan kaedah PAK-21.

Sekolah pula harus mewujudkan bilik darjah yang menggalakkan komunikasi dan kolaborasi antara murid yang akan menggalakkan pembentukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid.

Berikut merupakan beberapa cadangan susun atur bilik darjah yang boleh dipraktikkan dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21):

# Susun Atur Bilik Darjah 1

Kekuatan: Murid yang lemah dalam kelas atau murid yang boleh menjadi guru muda dan pembimbing rakan di kedudukan meja paling hampir dengan guru (M1 – M4). Susunan membolehkan murid melaksanakan rangkaian kolaborasi, meningkatkan kemahiran berfikir dan memberi peluang untuk menggunakan peta visual yang dipelajari.

Kelemahan: Bilangan murid adalah terhad iaitu 28 orang.

# Susun Atur Bilik Darjah 2

Kekuatan: Murid PERMATA (Pelajar Malas Tidak Aktif) yang memerlukan perhatian guru diletakkan paling hampir dengan guru (M1 – M10). Kedudukan murid M1 – M10 boleh digilirkan bergantung kepada subjek yang tidak dikuasai oleh murid. Ruang yang besar bagi pelaksanaan aktiviti dalam PdP seperti speed dating, gallery walk, elevator talk dan lain-lain.

# Susun Atur Bilik Darjah 3

Kekuatan: Pembentukan kumpulan berempat lebih mudah dan pada masa yang sama, ruang tersedia untuk melakukan aktiviti.

# Susun Atur Bilik Darjah 4

Kekuatan: Ruang untuk aktiviti tersedia di bahagian tengah bilik darjah. Susun atur hampir sama dengan susun atur bilik darjah 1.

# Susun Atur Bilik Darjah 5

Kekuatan: Kedudukan murid (M1 – M8 dan M9 – M16) boleh digilirkan mengikut minggu. Kedudukan murid yang paling hampir dengan guru juga boleh digilirkan.

# Susun Atur Bilik Darjah 6

Kekuatan: Murid PERMATA (Pelajar Malas Tidak Aktif) di bahagian tengah lingkaran iaitu M24 – M29. Ruang di tengah bilik darjah digunakan untuk aktiviti murid.

Kelemahan: Papan putih mudah alih perlu digunakan.

Semoga cadangan/maklumat ini boleh membantu para guru dalam mempraktikkan pembelajaran abad ke-21 dengan lebih lancar dan berjaya.

 

Please follow and like us:
error

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!