Pembukaan Penuh Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tingkatan 6 Semester 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4  serta murid Tahun 5 dan 6 adalah pada hari Rabu, 15 Julai 2020.

Manakala murid Tahun 1 hingga Tahun 4 akan mula ke sekolah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.

Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah

✅ 15 JULAI 2020 (RABU) 

  • Tingkatan 6 Semester 1
  • Kelas Peralihan
  • Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4
  • Tahun 5 dan 6 (Sekolah Rendah)

✅ 22 JULAI 2020 (RABU) 

  • Tahun 1 hingga Tahun 4 (Sekolah Rendah)

Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai pada semua sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, dan semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

✅ Promosi LAZADA Terkini Diskaun Sehingga 70%: Klik Sini

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!