Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya! Penting Untuk Para Guru Semasa Membuat Teks Ucapan / Urusan Surat-Menyurat

“Panggilan hormat” merujuk kepada sebutan sebelum namanya yang digunakan bagi menghormati individu tertentu berdasarkan kedudukan mengikut keturunan, jawatan, Anugerah Darjah Kebesaran yang diterima dan keagamaan. Panggilan hormat ini lazimnya digunakan pada surat, sampul surat, kad jemputan, teks juruacara, teks ucapan dan sebagainya.

Close

Panggilan Hormat dikategorikan seperti berikut:

  • Panggilan Hormat Diraja
  • Panggilan Hormat untuk jawatan
  • Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran Persekutuan
  • Panggilan Hormat untuk keturunan
  • Panggilan Hormat untuk ahli agama
  • Kaedah Penggunaan Panggilan Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan Pasukan / Badan-badan Beruniform

Senarai Panggilan Hormat serta keterangan bagi kategori-kategori di atas adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Lampiran A, B, C, D, E, F.

Lampiran A: Panggilan Hormat Diraja

Catatan: Panggilan Hormat bagi Raja Muda/Tengku Mahkota dan Isteri Baginda hendaklah merujuk kepada senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dari semasa ke semasa.

Lampiran B: Panggilan Hormat Jawatan

Catatan: Kaedah penggunaan Panggilan Hormat mengikut jawatan adalah seperti berikut:

a. Panggilan Hormat untuk Yang Berhormat Ahli Dewan Negara yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran Datuk maka Panggilan Hormatnya ialah YB Senator Datuk diikuti dengan nama. Bagi yang tidak mempunyai gelaran maka Panggilan Hormatnya ialah YB Senator diikuti dengan nama; dan

b. Panggilan Hormat untuk Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran Datuk maka Panggilan Hormatnya ialah YB Datuk diikuti dengan nama. Bagi yang tidak mempunyai gelaran maka Panggilan Hormatnya ialah YB diikuti dengan nama.

Lampiran C: Panggilan Hormat Kurniaan Darjah Kebesaran

Lampiran D: Panggilan Hormat Keturunan

Lampiran E: Panggilan Hormat Keagamaan

Lampiran F: Kaedah Penggunaan Panggilan Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan Pasukan / Badan-badan Beruniform

Sumber: Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 

Please follow and like us:
error

Untuk cikgu-cikgu yang berminat untuk dapat bahan-bahan atau infomasi pendidikan yang terkini boleh Follow kami di:
Facebook Page: MyCikgu.net
Facebook Group: My Cikgu Group
Telegaram Channel: mycikgu

 Subscribe Kami Untuk Dapat Informasi Terkini!!